My Blog List

Monday, August 2, 2010

PERMULAAN PNW

Pada tahun 2000 suami saya yang lebih dikenali penduduk kampung dan pelanggan-pelanggan sebagai Pak Ngah pernah bekerja di Batu 4, Jalan Maran. Dan saya pula bekerja di Temerloh di sebuah firma guaman yang dikenali sebagai Amir, Maslina & Co.

Pada September 2005 saya dan suami telah membuat keputusan yang penting yang mana kami telah bersetuju untuk membina satu perniagaan berasaskan perkhidmatan membaikpulih kenderaan dan juga menjual alat ganti kenderaan. Saya pula telah mengambil peperiksaan di Kuantan dan telah lulus untuk menjadi ejen insuran general. Dengan itu bermulalah perniagaan kami, suami ku menjadi mekanik dan saya pula menjadi kerani dan wakil insuran (memperbaharui insuran dan roadtax kereta)

Bermodalkan sedikit tunai dan juga pengalaman suami yang sudah 20 tahun terlibat dengan kerja-kerja pembaikan kenderaan di sekitar KL seperti di Taman Cempaka, Kampung Pandan dan juga sekitar Ampang kami telah menyewa satu tapak perniagaan di Persimpangan Chenor iaitu di jalan Utama Temerloh - Maran. Atas bantuan kakak yang sanggup meminjamkan wang kami telah membuat ubahsuai bangunan di tapak sewaan untuk dijadikan tempat tinggal dan juga tempat untuk bekerja.

Alhamdulillah sambutan daripada pelanggan amat menggalakkan dan kami juga berani untuk membuat pinjaman dari agensi kerajaan. Kami juga dapat bantuan dari syarikat pembekal alat ganti dari Kuantan iaitu Rusdin Berkat Enterprise dan juga syarikat-syarikat dari temerloh.

Kami kini juga telah menerima kepercayaan dari pihak syarikat seperti Risda, Felcra, Felcra Agro, Stesen komoniti, Kolej Risda, Syarikat Perseorangan dan juga Sekolah.

Disebalik kegembiraan itu terdapat kegembiraan yang paling berharga yang mana ayah dan Mak teramat banyak membantu dan menyokong kami. Apa bila kami keluar menguruskan urusan luar ayah akan datang mengambil alih membantu menguruskan bengkel dan mak pula membantu menguruskan hal ehwal rumah serta anak-anak kami. Syukur alhamdulillah Allah telah memberi kami ibubapa yang mengambil berat tentang kami. Semoga Allah sentiasa membahagiakan ibubapa kami dan kami sekeluarga .

No comments:

Post a Comment